Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin Yassin tolak permintaan bentuk kerajaan dengan PH

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin Yassin tolak permintaan bentuk kerajaan dengan PH

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin bercakap semasa sidang media selepas pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong pada 22 Nov 2022. (Petikan video: CNA)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 07:55PM Dikemas Kini : 22 Nov 2022 08:29PM

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menegaskan gabungan parti itu menegakkan pendirian untuk tidak terlibat dengan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, beliau juga menandatangani surat dan memilih untuk tidak bersetuju dengan usul untuk  menubuhan kerajaan perpaduan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa (22 Nov).

Encik Muhyiddin berkata demikian semasa sidang media di kediamannnya di Bukit Damansara di Kuala Lumpur.

Encik Muhyiddin juga mendakwa beliau sudahpun menyampaikan akuan bersumpah para Ahli Parlimen berhubung penubuhan kerajaan baru kepada pihak istana.

Encik Muhyiddin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Agong pada Selasa. Kedua-dua gabungan itu gagal meraih majoriti mudah di Parlimen. Lantaran itu, keputusan untuk melantik Perdana Menteri Malaysia ke-10 kini terletak dalam tangan Sultan Abdullah.

Sumber : Agensi berita/CNA/ZM/zm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa