Muhyiddin Yassin tiba di mahkamah bagi dakwaan kes sentuh isu kaum, agama, raja
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Muhyiddin Yassin/Facebook
GUA MUSANG: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Sesyen Gua Musang pada Selasa (27 Ogos).
Presiden BERSATU itu tiba jam 8.43 pagi dengan diiringi pimpinan parti termasuk Setiausaha Agung BERSATU, Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden BERSATU, Dr Radzi Jidin, lapor Berita Harian Malaysia.
Beliau berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, menyusuli ceramahnya yang didakwa menyentuh isu raja, agama dan kaum (3R) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, awal bulan ini.

Pendakwaan Encik Muhyiddin hari ini menjadikan beliau mantan Perdana Menteri Malaysia pertama yang dituduh mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.
Semalam (26 Ogos), Ketua Polis Negara Malaysia, Razarudin Husain mengesahkan Encik Muhyiddin Yassin yang disiasat mengikut Akta Hasutan susulan ceramahnya berkait Raja, Agama dan Kaum (3R) dalam kempen PRK DUN Nenggiri, baru-baru ini, menurut laporan Berita Harian Malaysia.
Polis sebelum ini menerima 30 aduan polis berkaitan ucapan Muhyiddin dan serama 66 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, tular di media sosial ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.