Skip to main content

Dunia

Muhyiddin Yassin tepis dakwaan Dr Mahathir tidak yakin dengan calon Pakatan Harapan

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Encik Muhyiddin Yassin menepis dakwaan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir Mohamad tidak yakin dengan kemenangan calonnya, Encik M. Manogaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin Yassin tepis dakwaan Dr Mahathir tidak yakin dengan calon Pakatan Harapan

Encik Muhyiddin Yassin. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Jan 2019 07:50AM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 07:55AM

 LIPIS: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Encik Muhyiddin Yassin menepis dakwaan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir Mohamad tidak yakin dengan kemenangan calonnya, Encik M. Manogaran, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Cameron Highlands, Sabtu ini (26 Jan).

Beliau berkata Dr Mahathir akan tetap turun berkempen hari ini (25 Jan) dan menganggap pilihan raya kecil itu penting bagi PH.

"Biasanya Perdana Menteri tak pergi kempen kecil seperti ini tapi kerana beliau fikir ini adalah PRK yang penting dan kita bertanding di sini, tentu masyarakat serta pengundi di sini mahu dengar mesej Tun sebagai Perdana Menteri,” katanya kepada para wartawan ketika ditemui selepas bersolat Maghrib dan Isyak di Masjid Sungai Koyan, malam semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir tidak yakin dengan kemenangan Encik Manogaran dari DAP disebabkan jadual pemimpin itu yang tidak banyak meluangkan masa dalam kempen PRK itu.

Mengikut jadual, Dr Mahathir hanya akan berada di situ dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang hari ini iaitu Perjumpaan Bersama Warga Sungai Koyan di Dataran Sungai Koyan 1 dan kemudiannya mengakhiri dengan solat Jumaat di Masjid Al-Muhajirin.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita