Skip to main content

Dunia

Muhyiddin Yassin sudah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin Yassin sudah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah M'sia

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berucap di sebuah acara di Putrajaya pada 11 Februari 2023. (Gambar fail: Facebook/Muhyiddin Yassin)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin dilapor sudah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis (16 Feb) bagi memberi keterangan berkaitan isu siasatan membabitkan wang RM300 juta (S$91 juta) disyaki diterima Bersatu.

Menurut laporan sebuah portal berita pada Jumaat (17 Feb), Encik Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memberi keterangannya kepada agensi pencegahan rasuah itu di Putrajaya.

Bagaimanapun maklumat berkaitan tempoh keterangan diberi oleh Encik Muhyiddin tidak diperincikan, dipetik daripada BH Online.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang cuba dihubungi BH Online bagi memperincikan pertemuan anggotanya dengan Encik Muhyiddin pada Khamis masih belum memberi sebarang reaksi setakat tengah hari Jumaat

SPRM sebelum ini memaklumkan akan memanggil Encik Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berhubung siasatan ke atas kewangan parti itu.

BERSATU sebelum ini dilaporkan menerima hingga RM300 juta (S$91 juta)daripada kontraktor sebagai dana politik susulan persetujuan dibuat dengan beberapa pemimpin parti, termasuk mereka yang berkhidmat di bawah pentadbiran Encik Muhyiddin ketika itu.

Difahamkan lebih 15 individu termasuk pemimpin Bersatu dan pihak kontraktor sudah dipanggil SPRM untuk dirakamkan kenyataan.

Sebelum itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman, berkata SPRM sudah membekukan beberapa akaun milik parti itu, baru-baru ini.

Pada 1 Februari lalu, Encik Azam mengesahkan SPRM sudah membekukan akaun Bersatu sebagai membantu siasatan ke atas wang disyaki hasil haram.

Encik Azam berkata, siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita