Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin Yassin masih bertegas miliki sokongan majoriti bagi pimpin kerajaan

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin Yassin masih bertegas miliki sokongan majoriti bagi pimpin kerajaan

(Gambar fail: CNA/Fadza Ishak)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 06:05PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 06:05PM
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih bertegas bahawa beliau mendapat sokongan majoriti daripada mereka yang dilantik untuk memimpin kerajaan Malaysia.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga menggesa pemimpin Pakatan Harapaan (PH) Anwar Ibrahim untuk membuktikan yang beliau mempunyai jumlah yang diperlukan untuk menjadi perdana menteri.

"Demi keyakinan rakyat terhadap keabsahan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, beliau harus membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen," ujar Encik Muhyiddin.

"Ini mesti dibuktikan menerusi proses yang sudah ditetapkan oleh speaker parlimen dalam surat bertarikh 22 November, iaitu dengan menyerahkan akuan bersumpah majoriti AP," tekan beliau lagi.

Encik Muhyiddin membuat kenyataan tersebut kurang sejam sebelum Encik Anwar rasmi dilantik sebagai perdana menteri ke-10 selepas mengangkat sumpah jawatan petang ini (24 Nov).
Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa