Muhyiddin Yassin letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menerusi pengumuman yang dibuat malam tadi (29 Dis).
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali dan Ketua Penerangan Bersatu Faisal Ismail Aziz.
Menurut mereka, Encik Muhyiddin menyampaikan keputusan tersebut melalui kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti sekitar pukul 10.30 malam.
Bagaimanapun, punca peletakan jawatan itu tidak dinyatakan, lapor Astro AWANI.
Difahamkan, langkah tersebut dipercayai berkait dengan desakan beberapa pemimpin PAS terhadap kepimpinan Muhyiddin dalam Perikatan Nasional (PN) menyusuli krisis politik di Perlis baru-baru ini.
Menurut Malaysiakini, Encik Muhyiddin memaklumkan perkara itu dalam kumpulan WhatsApp Ahli Parlimen PN bahawa beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan berkuat kuasa 1 Jan dan satu pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari — yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas — pula menjelaskan bahawa Encik Muhyiddin telah memaklumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai ketua gabungan itu.
Encik Fadhli — yang sebelum ini antara pemimpin yang menyuarakan kemarahan — melembutkan nadanya menyusuli berita mengenai peletakan jawatan Encik Muhyiddin.
“Satu tindakan yang bijak dan tepat oleh Tan Sri dalam situasi PN memerlukan momentum baharu menjelang PRU16.
“Tahniah Tan Sri Muhyidin Yasin atas sikap terbuka beliau. Selamat bekerja Pengerusi Perikatan Nasional yang baharu,” katanya, lapor Malaysiakini.
Menurutnya lagi, PAS pasti akan mengemukakan calon untuk menerajui gabungan itu, namun tidak semestinya presiden parti Abdul Hadi Awang.
“Tidak semestinya presiden Parti tetapi seorang individu yang diyakini boleh menggembeling kekuatan parti-parti yang ada di bawah Perikatan Nasional.
"Pastinya rombakan akan dilakukan terhadap organisasi Perikatan Nasional bagi memberikan fokus yang lebih kepada gerak kerja selepas ini,” kata Encik Fadhli.
Sebelum ini, PAS pernah mengetengahkan Menteri Besar Terengganu Samsuri Mokhtar — yang juga Naib Presiden PAS — sebagai calon berpotensi bagi jawatan perdana menteri.

Sumber : Agensi berita/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.