Muhyiddin Yassin didakwa lagi pada 13 Mac di Mahkamah Shah Alam
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Astro Awani
SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada Isnin (13 Mac) berhubung wang dalam akaun parti Bersatu.
Berdasarkan semakan sistem e-kehakiman, kes itu akan didengar di Mahkamah Sesyen 1, di hadapan Hakim Rozilah Salleh pada pukul 9.00 pagi.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam jemputan media memaklumkan pihaknya sudah mendapat izin mendakwa seorang Ahli Parlimen esok di mahkamah sama.
Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka menghadapi satu tuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Encik Muhyiddin, 75, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam tuduhan berkaitan wang dalam akaun Bersatu pada 10 Mac lepas.

Beliau mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu .
Mengikut pertuduhan itu, beliau dipercayai menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta (S$69.4 juta) dan dua tuduhan sebagai Presiden Bersatu menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta (S$58.2 juta).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.