Skip to main content

Dunia

Muhyiddin Yassin dibebas dengan jaminan SPRM, akan tetap hadir di mahkamah pada 10 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin, yang ditahan pada Khamis (9 Mac), dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi akan tetap hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur esok (10 Mac) untuk pendakwaan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
“Muhyiddin dibebaskan dengan jaminan dan akan ke mahkamah esok,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Encik Muhyiddin, yang ditahan pada 1.00 tengah hari Khamis, dibebaskan pada 8.20 malam hari yang sama selepas hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Menurut SPRM, pihaknya sudah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa Ahli Parlimen Pagoh itu.

SPRM memaklumkan Encik Muhyiddin bakal berdepan pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

SPRM sebelum ini membekukan akaun Bersatu dan beberapa individu termasuk Ketua Penerangan parti itu, Wan Saiful Wan Jan, dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang didakwa di mahkamah berkaitan projek Jana Wibawa.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita