Muhyiddin Yassin berdepan saingan tiga penjuru, umum manifesto PN dilancar esok
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
PAGOH: Ekonomi, alam sekitar, pendidikan dan wanita adalah antara yang akan dititikberatkan dalam manifesto Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka dilancarkan di Kuala Lumpur, pada Ahad (6 Nov).
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu kini sedang memperincikan semua perkara yang disifatkan penting untuk diambil kira supaya boleh dilaksanakan dan ditunaikan untuk rakyat manakala aspek lain yang akan dilihat ialah isu sosial, alam sekitar dan lain-lain perkara.
“Saya nak menyatakan bahawa kami tidak mahu berjanji. Kami akan usahakan dan laksanakan sepenuhnya apa yang kami janjikan dalam manifesto.
“Ini akan kami maklumkan dan berharap ia mendapat tarikan pengundi di seluruh negara,” kata beliau kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Pagoh di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh di sini pada Sabtu (5 Nov).
Mengakui pernah dinasihati untuk berpindah ke kawasan Parlimen lain, penyandang kerusi Pagoh itu enggan berbuat demikian dan menyatakan ini merupakan kali ke-11 beliau bertanding di kerusi itu semenjak 1978 dan gelanggang terakhirnya dalam PRU.
“Pagoh dan masyarakatnya ada tempat istimewa di hati saya. Dalam sejarah politik saya selama lebih 40 tahun, saya tidak pernah berpindah ke kawasan Parlimen lain.
“Saya setia memberi khidmat kepada masyarakat di Pagoh dan pengundi di Pagoh juga sentiasa setia memberi sokongan kepada saya pada setiap kali pilihan raya. Terima kasih,” kata beliau lagi.
Encik Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu berkata PN, yang dipimpinnya turut menawarkan sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil untuk semua rakyat.
Beliau akan menghadapi pertandingan tiga penjuru, bertemu calon Barisan Nasional iaitu bekas Ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim dan calon Pakatan Harapan dari PKR Iskandar Shah Abdul Rahman.
Terdahulu, pemimpin PN kelahiran Muar itu menjadi calon pertama yang menghantar borang pencalonan pada 9.03 pagi, diikuti Iskandar Shah, lima minit kemudian dan Razali pada 9.12 pagi.
Kira-kira 1,000 penyokong parti yang bertanding telah berkumpul di pekarangan kompleks itu sejak 9 pagi.
Encik Muhyiddin, 75 tahun, memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada PRU lepas dengan majoriti 6,927 undi, sekali gus menewaskan calon PAS Ahmad Nawfal Mahfodz dan calon BN Ismail Mohamed.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.