Muhyiddin Yassin akan mohon tiga kes pengubahan wang haram digugurkan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Sesyen pada Selasa (19 Ogos) bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan untuk menggugurkan tiga kes pengubahan wang haram (AMLA) mencecah RM200 juta (S$58 juta) yang dihadapinya.
Peguam, Hisyam Teh Poh Teik berkata demikian bagi pihak Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ketika sebutan kes berkaitan Jana Wibawa itu di hadapan Hakim Azura Alwi.
“Kita akan memfailkan permohonan itu secepat mungkin, selain akan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada pendakwaan supaya pasport dikembalikan semula kepada Encik Muhyiddin,” katanya, lapor Sinar Harian.
Encik Muhyiddin, 76 tahun, tidak hadir pada prosiding pada Selasa dan dilaporkan telah mendapat pengecualian kehadirannya daripada mahkamah.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, prosiding sebelum ini menetapkan pada Selasa untuk mendengar permohonan pendakwaan supaya empat kes rasuah dan tiga kes AMLA dibicarakan bersama.
Bagaimanapun, beliau berkata, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan- permohonan tertuduh dalam kes itu untuk membatalkan pertuduhan.
“Justeru itu, kami memohon supaya permohonan berkenaan ditangguhkan ke tarikh lain kerana kami telah memfailkan notis rayuan, 15 Ogos lalu.
“Kami juga telah memfailkan petisyen berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang lepas dan membebaskan Muhyiddin atas empat kes rasuah di Mahkamah Rayuan Putrajaya,” katanya, dipetik daripada Sinar Harian.
Beliau berkata, mahkamah telah menetapkan pengurusan kes berkenaan pada 27 September ini.
Sementara bagi tiga kes AMLA dan empat kes rasuah, beliau berkata, pihak pendakwaan memohon agar sebutan kes dijalankan pada 29 November.
“Jika boleh, kami harap permohonan ini juga ditetapkan pada tarikh yang sama,” katanya, lapor Sinar Harian.
Encik Hisyam tidak membantah cadangan tersebut, namun memohon supaya kehadiran anak guamnya dikecualikan kerana ia hanya membabitkan sebutan kes.
Cik Azura kemudian membenarkan sebutan kes seterusnya seperti dicadangkan pendakwaan dan memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan untuk memaklumkan status kes itu di Mahkamah Rayuan pada 27 September.
Mahkamah turut mengarahkan surat (perkembangan pengurusan kes) difailkan dalam sistem kehakiman.
Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta (S$67.5 juta) dan dua kes pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta (S$57 juta), antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.
Tiga hari kemudian, Encik Muhyiddin sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas pertuduhan ketujuh, iaitu kes pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta (S$1.5 juta), tahun lalu.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 19 September, untuk prosiding permohonan pendakwaan supaya semua kes yang dihadapi Encik Muhyiddin dibicarakan bersama.
Bagaimanapun, pada 15 Ogos, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan pemimpin berkenaan atas empat tuduhan rasuah.
Hakim, Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Encik Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan itu.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.