Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin umum Kabinet Bayangan PN

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin umum Kabinet Bayangan PN

Gambar: BH Online

Diterbitkan : 02 Feb 2023 04:44PM Dikemas Kini : 02 Feb 2023 05:04PM
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) pada Khamis (2 Feb) mengumumkan barisan 'Kabinet Bayangan' mereka yang akan menyelaraskan pengurusan parti itu sebagai pembangkang di Parlimen.

Perkara itu diumumkan oleh pengerusinya, Muhyiddin Yassin selepas berakhir Pemukiman Ahli Parlimen PN, hari ini (2 Feb).

PN dikatakan bersetuju dengan cadangan Sekretariat Ahli Parlimen PN diwujudkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen, lapor BH Online.

"Jawatankuasa Portfolio pembangkang ini diberikan kepada Ahli Parlimen kita yang ada kemahiran dan pengalaman dalam kerajaan serta latar belakang yang lalu dalam bidang masing-masing," katanya dalam sidang media selepas penutupan Pemukiman Ahli Parlimen PN, hari ini.

Berdasarkan poster Jawatankuasa Portfolio itu, Encik Muhyiddin dinamakan sebagai Ketua Ahli Parlimen manakala timbalannya adalah Abdul Hadi Awang.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengetahui Portfolio untuk Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan