Skip to main content

Dunia

Muhyiddin tidak pertahan jawatan presiden Bersatu

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti, yang dijangka berlangsung sebelum penghujung 2024.

Mantan Perdana Menteri Malaysia itu berkata, masanya sudah tiba untuk beliau mewariskan kepimpinan parti kepada pemimpin seterusnya demi terus mengangkat Bersatu sebagai parti pembela Melayu dan Bumiputera, lapor Astro Awani.

Selain itu, Encik Muhyiddin turut mencadangkan barisan kepimpinan kanan parti bermusyawarah terlebih dahulu untuk memastikan tokoh-tokoh parti mempunyai tempat dan peranan dalam barisan kepimpinan parti yang baharu nanti.

“Ini adalah Perhimpunan Agung kali terakhir saya berdiri di pentas ini sebagai Presiden parti. Ini kerana pemilihan parti akan datang akan dibuat di peringkat bahagian terlebih dahulu sebelum perhimpunan agung diadakan.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua barisan pimpinan dan ahli Bersatu sekiranya saya melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan sepanjang saya memimpin parti. Pesan saya, jagalah parti ini baik-baik,” katanya lagi, seperti dinukil laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Shah Alam, pada Jumaat (24 Nov).
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita