Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal gesa menantu hadapi tuduhan pecah amanah, tegas Fahmi Fadzil

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal gesa menantu hadapi tuduhan pecah amanah, tegas Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil bercakap kepada para wartawan selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park@Lembah Pantai pada Ahad malam (21 Apr). (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Apr 2024 04:44PM Dikemas Kini : 22 Apr 2024 04:46PM
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak layak memberi kenyataan berkaitan sebarang perkembangan semasa negara termasuk isu politik.

Encik Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata ini kerana Encik Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya, Encik Muhammad Adlan Berhan yang menghilangkan diri untuk tampil menghadapi tuduhan pecah amanah jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Jangan cakap mengenai Kuala Kubu Baharu atau PRK (Pilihan Raya Kecil). Bawa pulang menantu anda dulu, kemudian baru anda berada di kedudukan yang lebih baik untuk bercakap mengenai apa-apa sahaja, kerana dia (menantu Muhyiddin) sedang melarikan diri daripada undang-undang.

“Sepatutnya sebagai pemimpin, beliau (Muhyiddin) seharusnya menjadi contoh yang baik untuk mengarahkan menantu beliau balik ke Malaysia dan berdepan dengan siasatan yang telah dimulakan.

“Jika gagal lakukan perkara asas ini, maka saya rasa beliau tiada ‘moral standing’ untuk bercakap mengenai apa-apa sahaja,” kata Encik Fahmi ketika ditemui para wartawan selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park@Lembah Pantai pada Ahad malam (21 Apr).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan Encik Muhyiddin sebelum ini mengenai Kerajaan Perpaduan.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan ekoran kekosongan luar jangka selepas penyandangnya Lee Kee Hiong daripada DAP meninggal dunia pada 21 Mac lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian berlangsung pada 11 Mei, manakala hari penamaan calon pada 27 April.

Pada pilihan raya negeri tahun lalu, mendiang Lee berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu mengalahkan Teoh Kien Hong (Gerakan), Siva Prakash Ramasamy (Muda), dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 4,119 undi.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan