Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin tiba di Istana Negara hadap Agong

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara tengah hari ini (16 Ogos) untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin tiba di Istana Negara hadap Agong

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara pada tengah hari 16 Ogos. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Aug 2021 01:27PM Dikemas Kini : 16 Aug 2021 01:32PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara tengah hari ini (16 Ogos) untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan dinaiki Perdana Menteri itu dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 12.23 tengah hari tadi.

Sebelum itu, Encik Muhyiddin mengadakan mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, yang berlangsung kira-kira tiga jam sebelum beliau meninggalkan bangunan itu pada 12.00 tengah hari.

Awal dari itu, kenderaan-kenderaan yang membawa Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Lazim adalah antara yang dlihat memasuki Istana Negara.

Turut dilihat memasuki dan meninggalkan pekarangan Istana Negara adalah kenderaan membawa Peguam Negara Idrus Harun, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan