Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin tawar diri jadi penasihat ekonomi Johor jika PN menang

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin tawar diri jadi penasihat ekonomi Johor jika PN menang

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin. (Gambar: BERNAMA)

MERSING: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menawarkan diri sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Johor sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Bekas perdana menteri dan menteri besar Johor itu berkata beliau berhasrat membantu ekonomi negeri itu yang terjejas akibat wabak COVID-19 dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menyediakan latihan kemahiran.

“Saya akan bantu Johor. Siapa pun yang bakal dipilih sebagai menteri besar, dia adalah orang yang layak,” katanya semasa Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh dan Endau pada lewat malam tadi (16 Feb).

Sementara itu, Presiden Bersatu itu yang tidak mempertahankan kerusi DUN Bukit Gambir berkata kesemua bakal calon yang dipilih untuk mewakili PN pada PRN Johor perlu mengangkat sumpah bagi memastikan mereka bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Katanya lagi, amalan tersebut yang dipraktikkan semasa PRN Melaka akan memastikan gabungan parti komponen di bawah PN termasuk PAS dan Gerakan itu menjadi sebuah platform politik yang lebih baik dalam memastikan negara bebas daripada pelbagai bentuk penyelewengan.

Program yang berlangsung di Felda Tenggaroh 3 itu turut dihadiri Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Johor Abdullah Husin, Presiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Ahli Parlimen Mersing Dr Abd Latiff Ahmad.

Sumber : Bernama/AW/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan