Muhyiddin serah kedudukan dalam parti kepada Majlis Tertinggi Bersatu
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau akan membawa kedudukannya kepada majlis tertinggi parti untuk mereka membuat sebarang ketetapan.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, situasinya berbeza dengan bekas Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan kerana beliau merupakan Presiden yang dipilih oleh parti tersebut, menurut Sinar Harian.
"Saya akan bawa kedudukan saya kepada majlis tertinggi parti untuk mereka memutuskan kerana saya berbeza dengan Wan Saiful.
"Saya adalah Presiden yang dipilih oleh parti.
"Saya akan serah kepada majlis tertinggi dalam tempoh yang paling dekat dan apa sahaja keputusan yang mereka buat, saya akan akur," katanya sewaktu sidang media di pekarangan Mahkamah Sesyen pada Jumaat (10 Mac), lapor Sinar Harian.
Encik Muhyiddin Yassin juga selesai membayar wang ikat jamin sebanyak RM2 juta (S$0.60 juta) di kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Sesyen pada jam 11.30 pagi hari ini (10 Mac).
Bekas Perdana Menteri Malaysia itu melunaskan bayaran berkenaan menerusi dua penjamin, iaitu dua anaknya.
Encik Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen tadi, atas enam pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM232.5 juta (S$69.60 juta) dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta (S$58.38 juta), antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.