Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin nafi dakwaan terlibat dalam pemberian kontrak kepada syarikat menantu

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan yang beliau terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya.

Presiden Bersatu itu menyifatkan laporan disiarkan dalam sebuah portal pada Rabu (8 Feb) berhubung perkara tersebut adalah fitnah jahat yang sengaja direka untuk mencalarkan maruah beliau dan keluarganya.

“Saya sebagai Perdana Menteri pada masa itu sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga berkata proses perolehan kontrak tersebut dibuat mengikut tatacara perolehan biasa di bawah seliaan Kementerian Kewangan dan kementerian berkaitan serta bukan berada di bawah bidang kuasa beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu.

“Selain itu, tiada mana-mana ahli keluarga saya mempunyai kepentingan dalam IRIS Corporation Berhad sama ada sebagai pengarah syarikat atau pemegang saham,” katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan