Muhyiddin minta Khairy Jamaluddin 'fikir lagi' tawaran sertai Bersatu, terlibat dalam PRN
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengesahkan sudah memberikan kata putus kepada Encik Muhyiddin Yassin berhubung tawaran untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan penglibatan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dalam pertemuan pada Isnin (19 Jun).
Bagaimanapun, mantan Menteri Kesihatan Malaysia itu tidak mendedahkan secara terperinci keputusan yang dibuat - sama ada menolak tawaran menyertai parti Bersatu ataupun tidak terlibat sebagai calon dalam PRN.
Berkongsi perkara itu dalam podcast 'Keluar Sekejap', Encik Khairy menambah Encik Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut memintanya memikirkan semula 'keputusan' tersebut, lapor Astro Awani.
"Muhyiddin telah menawarkan keahlian dalam parti Bersatu dan juga menawarkan kepada saya peluang untuk terlibat dalam PRN.
"Jadi saya telah berjumpa dengan beliau dan saya telah memberikan pandangan saya kepada beliau dan beliau telah minta supaya saya fikir lagi.
"Saya pun telah setuju untuk fikir lagi dan saya minta untuk beliau (beri) sedikit masa. Jadi itu jawapannya," katanya dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan' yang disiarkan pada Rabu (21 Jun).
Encik Shahril kemudian bertanya: "Tiada jawapan muktamad lagi?".
Encik Khairy menjawab: "Bagi saya adalah (jawapan itu) tetapi beliau minta saya fikir lagi. Jadi, Dewan Undangan Negeri (DUN) belum lagi bubar, mungkin ada sedikit masa untuk apa-apa berlaku."
"Bagi saya, ada kata putus tetapi apabila pemimpin yang saya sanjungi minta saya fikirkan lagi. Kita fikirkan lagilah," katanya.
Pada Selasa (20 Jun), media melaporkan sumber Perikatan Nasional (PN) mendakwa Encik Khairy tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk Bersatu, seperti dipetik laporan Astro Awani.
Encik Muhyiddin pada Mei lalu, mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU kepada Encik Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.