Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin jumpa Dr Mahathir bincang kerjasama hadapi PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin jumpa Dr Mahathir bincang kerjasama hadapi PRU15

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin. (Gambar: BERNAMA)

KUALA TERENGGANU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendedahkan Muhyiddin Yassin, mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad, dalam usaha membentuk kerjasama baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Mukhriz Mahathir, mendakwa pertemuan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dengan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang, berlangsung kira-kira dua minggu lalu, seperti dinukil daripada Astro AWANI.

Jelas beliau setakat ini Pejuang belum memberikan kata putus berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian selepas majlis permukiman Pejuang Terengganu pada Khamis, lapor Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, antara perkara yang dicadangkan Muhyiddin adalah untuk membentuk gabungan antara Bersatu dan Pejuang.

"Dicadangkan ingin bergabung dengan semua walaupun dia (Bersatu) dalam kerajaan sekarang ini... kita semua pun rasa pelik kan kerajaan yang ada sekarang ini adalah dua-dua Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), dua-dua pun bertanding di Melaka dan Johor juga di Sarawak.

"Jadi sebenarnya kerajaan yang ada sekarang ni memang sudah rapuh...kita tahu tapi di pihak kami tidak pernah kami nak cucuk suruh jatuhkan kerajaan ini... yang nak jatuhkan kerajaan ini orang UMNO sendiri, itu yang rasa pelik sangat," dakwa beliau.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan