Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin juga sedia bekerjasama semula dengan Dr Mahathir

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN),Muhyiddin Yassin berkata beliau sedia bekerjasama dengan mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Encik Muhyiddin berkata kerjasama itu adalah demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam, lapor Astro Awani.

Beliau menyambut baik kenyataan bekas Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Dr Mahathir, yang terlebih dahulu menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengannya.

Encik Muhyiddin juga sedar perkembangan politik sekarang meletakkan orang Melayu dan Islam di Malaysia di suatu persimpangan yang getir.

"Saya menyambut baik kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan saya. Sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara," katanya dalam catatan di Facebook, pada Jumaat (2 Jun).

Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Encik Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama, seperti dipetik laporan Astro Awani.

Kenyataan terbaru Dr Mahathir itu sekali gus membayangkan kedua-dua mantan Perdana Menteri berkenaan mungkin boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun.
Sumber : Agensi berita/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan