Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri
Mantan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya Rabu lalu (1 Sep), kata Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. (Gambar: Muhyiddin Yassin/Facebook)
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya Rabu lalu (1 Sep), kata Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Beliau, yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, berkata pelantikan itu dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Encik Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara demi mencapai kesan ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Pelantikan itu sudahpun disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Pihak Kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini (4 Sep).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.