Muhyiddin dibenar ikat jamin RM2 juta, sebutan semula ditetapkan 26 Mei
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta (S$69.60 juta) bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta (S$58.38 juta), dibenarkan diikat jamin RM2 juta (S$0.60 juta) oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin dengan dua penjamin selain memerintahkan bekas perdana menteri itu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Hakim Azura turut menetapkan 26 Mei untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mencadangkan jaminan sebanyak RM2 juta (S$0.60 juta) dengan dua penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Peguam K. Kumaraendran yang mewakili Encik Muhyiddin bersetuju dengan jumlah jaminan dan syarat tambahan itu.
Pendakwaan juga dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Faridz Gohim Abdullah, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Ahmad Akram Gharib, Noralis Mat, Nor Asma Ahmad, Rasyidah Murni Azmi, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.
Encik Muhyiddin turut diwakili peguam Rosli Dahlan, Takiyuddin Hassan, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Mohamad Isa Mohamad Basir, Teh See Khoon dan Varsha Chelvi.
Encik Muhyiddin, 75 tahun, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta (S$69.60 juta) bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta (S$58.38 juta).

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.