Skip to main content

Dunia

Muhyiddin dibenar dapatkan pasport, rasmikan pembukaan restoran rakannya di Thailand

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Khamis (8 Feb) membenarkan Muhyiddin Yassin mendapatkan semula pasportnya, sekali gus membolehkan mantan perdana menteri itu melakukan perjalanan untuk majlis perasmian restoran di Bangkok, Thailand minggu depan.

Hakim Azura Alwi memerintahkan pasport itu dilepaskan secara sementara dan ia perlu dikembalikan kepada mahkamah pada 23 Februari ini, lapor Sinar Harian.

Pasport Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ditempatkan dalam simpanan pihak mahkamah sebagai syarat tambahan untuk jaminan berhubung tigatuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM200 juta (S$57 juta) yang dihadapinya, lapor Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita