Muhyiddin bertegas Yayasan Albukhary tidak perlu kemuka rayuan jika pengecualian cukai tidak dibatalkan
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendakwa Yayasan Albukhary tidak perlu membuat rayuan berhubung pengecualian cukai sekiranya ia tidak dibatalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang merupakan agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.
Dalam pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah difailkan mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng terhadapnya, Encik Muhyiddin memaklumkan telah ternampak sepucuk surat daripada Kementerian Kewangan kepada Syed Mokhtar Al-Bukhary sekitar 2021.
Menurut beliau, surat itu memaklumkan bahawa kementerian berkenaan telah membenarkan rayuan yayasan tersebut terhadap keputusan LHDN yang tidak mengiktiraf pengecualian cukai dan keputusan mengenakan penalti terhadap yayasan itu.
Encik Muhyiddin juga mendakwa ternampak surat tersebut semasa disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Oleh itu, saya dibenarkan membuat inferens (anggapan) dan kesimpulan bahawa pengecualian cukai telah dibatalkan, jika tidak rayuan tidak perlu dibuat atau kelulusan diberikan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2021,” dakwanya.
“Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, plaintif (Lim) telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dari 21 Mei 2018 hingga 24 Feb 2020. Sebagai Menteri Kewangan, LHDN adalah di bawah bidang kuasa beliau (Lim) dan pengecualian cukai tidak diiktiraf oleh LHDN semasa plaintif memegang jawatan tersebut,” dakwanya.
Menurut Encik Muhyiddin, semasa menjadi Perdana Menteri, beliau telah menerima surat daripada Syed Mokhtar kepada Pejabat Perdana Menteri.
“Surat tersebut merayu terhadap keputusan LHDN yang tidak mengiktiraf pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary yang diberikan kerajaan terdahulu yang diterajui BN serta keputusan untuk mengenakan penalti terhadap yayasan tersebut.
“Saya yang bukan Menteri Kewangan dan menteri yang bertanggungjawab terhadap LHDN, telah merujuk perkara itu dengan Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk pertimbangan dan beliau telah membenarkan rayuan tersebut,” dakwanya.
Pada 27 Mac lalu, Encik Lim memfailkan saman terhadap Encik Muhyiddin yang didakwa telah mengeluarkan tiga kenyataan memfitnah membabitkan plaintif dengan isu pembatalan pengecualian cukai ke atas yayasan itu pada 9, 11 dan 12 Mac lalu di laman Facebook milik defendan.
Laporan berhubung perkara itu kemudiannya diterbitkan oleh beberapa akhbar dan portal berita pada hari yang sama.
Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mendakwa kenyataan fitnah tersebut juga bermaksud beliau telah menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN untuk mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan itu apabila ia tidak patut dikenakan cukai.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.