Muhyiddin akur suara parti; akan pertahan jawatan Presiden Bersatu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Bernama)
SHAH ALAM: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk mempertahankan jawatannya dan akan bertanding pada pemilihan parti dijadualkan tahun depan.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menimbangkan hasrat yang disuarakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan ahli perwakilan yang meminta beliau untuk terus menerajui parti.
“Sebenarnya isteri saya meminta saya untuk kekal menerajui parti untuk satu penggal lagi dan jangan kecewakan mereka. Dia kata teruskan, Bersatu masih perlukan saya, dan saya kata: I will stay for the last term,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 pada Sabtu (25 Nov).
Pada Jumaat lalu, Encik Muhyiddin mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun depan bagi memberi ruang kepada pemimpin pelapis mengambil alih kepimpinan parti mengikut proses demokrasi.

Susulan itu, MPT dan perwakilan sebulat suara menolak keputusan Encik Muhyiddin untuk tidak bertanding mempertahankan jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan akan datang.
LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.