Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin akan kemuka akuan bersumpah Ahli Parlimen sokong beliau sebagai PM

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin akan mengemukakan akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen pada Isnin (21 Nov) bagi membuktikan bahawa gabungan itu mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Anggaran Waktu Membaca:

SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin akan mengemukakan akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen pada Isnin (21 Nov) bagi membuktikan bahawa gabungan itu mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Encik Muhyiddin berkata dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama PN, tidak menghalang PN untuk membentuk kerajaan melalui sokongan daripada ahli Parlimen. 

"Kalau ada ahli Parlimen yang membuat keputusan untuk menyokong saya, itu hak Ahli Parlimen bersandarkan perlembagaan negara.

"Perlembagaan kata seseorang yang mahu menjadi Perdana Menteri mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Parlimen iaitu (sekurang-kurangnya) 112 kerusi," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada Ahad malam (20 Nov). 

Beliau juga menjelaskan bahawa Akta Anti Lompat Parti tidak menghalang mana-mana parti walaupun bukan daripada PN sendiri untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

"Mereka tidak keluar daripada parti tetapi mereka secara individu sebagai ahli Parlimen hatta daripada Bebas sekalipun boleh menyatakan sokongan kepada saya. Itu tidak menyalahi Akta Anti Lompat Parti," katanya. 

Terdahulu, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti dan menamakan calon Perdana Menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baru sebelum pukul 2 petang pada Isnin.

PRU15 pada Sabtu (19 Nov) menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi Parlimen, PN (73), BN (30), GPS (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan (tiga) dan masing-masing satu kerusi untuk Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua calon Bebas yang menang.

Majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan adalah 112 kerusi.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan