Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhammadiyah tetapkan 21 April sebagai Hari Raya Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:
Muhammadiyah tetapkan 21 April sebagai Hari Raya Aidilfitri

Gambar hiasan. (AFP PHOTO/ANWAR AMRO)

JAKARTA: Sebuah pertubuhan Islam berpengaruh di Indonesia, Muhammadiyah menetapkan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada 21 April.

Ketua Umum Pimpinan Pusat (PP) Muhammadiyah, Haedar Nashir mengesahkan demikian sambil menjelaskan bahawa pertubuhan tersebut memutuskan tarikh Hari Raya Aifilfitri berdasarkan kiraan hisab hakiki wujudul hilal, menurut agensi berita Kompas.

"Muhammadiyah dengan menggunakan kiraan hisab wujudul hilal dapat menetapkan puluhan tahun ke depan bila Ramadan, Aidilfitri, dan Aidiladha terjadi," tambahnya pada Jumaat (7 Apr) kepada Kompas.

Lantaran itu, Encik Haedar berkata pihaknya sudah memiliki kepastian berhubung tanggal Hari Raya Aidilfitri jauh lebih awal.

Menurut pertubuhan tersebut, hal tersebut malah, sudah termaktub dalam Maklumat Pimpinan Pusat Muhammadiyah.

Maka itu, Encik Haedar menarik perhatian bahawa ia tidak membuat masyarakat atau umat menunggu dalam ketidakpastian, lapor Kompas.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan