Muhammad Sanusi angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada Isnin (14 Ogos).
Encik Muhammad Sanusi, 49 tahun, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit pada 10.15 pagi ini.

Encik Muhammad Sanusi dilantik semula ke jawatan itu selepas PN mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lepas.
Beliau sebelum ini merupakan Menteri Besar Kedah yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan tersebut pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti ADUN ketika itu.
Pada PRN kali ini, Encik Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri yang disandangnya sebelum ini, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.
Dilahirkan pada 4 Ogos 1974, Encik Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat pernah menjadi Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Kedah Allahyarham Azizan Abdul Razak antara 2008 hingga 2013.
Beliau mula menjadi calon dalam pilihan raya sewaktu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) di kerusi DUN Belantek, namun tewas kepada calon BN Mohd Tajudin Abdullah dengan majoriti 252 undi.
Pada PRU14, beliau bertanding di DUN Jeneri dan berjaya menewaskan dua calon lain iaitu Mahadzir Abdul Hamid (BN) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PKR) dengan majoriti 2,455 undi.
Encik Muhammad Sanusi yang berkelulusan ijazah dari Universiti Sains Malaysia mendirikan rumah tangga bersama Jusmalailani Jusoh dan dikurniakan lima anak.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.