Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhammad Sanusi angkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor pada Ahad (17 Mei) mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Wisma Darul Aman, Alor Setar. 

Anggaran Waktu Membaca:
Muhammad Sanusi angkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah

Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Wisma Darul Aman, Alor Setar, pada 17 Mei 2020. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 May 2020 05:10PM Dikemas Kini : 17 May 2020 05:11PM

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor pada Ahad (17 Mei) mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Encik Muhammad Sanusi, 46 tahun, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 3.05 petang tadi di majlis yang berlangsung di Pejabat Sultan Kedah di wisma berkenaan.

Hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Ammar Shaikh Mahmood Naim mengumumkan bahawa Sultan Sallehuddin telah bersetuju dengan pelantikan Encik Muhammad Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah ke-14.

Pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu mendapat sokongan majoriti ADUN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Encik Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM) dengan majoriti 2,455 undi.

Awal dari itu, Encik Mukhriz Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta selepas kehilangan kepercayaan majoriti ADUN negeri ini. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan