Mufti Pulau Pinang pertahan langkah batalkan Festival Good Vibes
Anggaran Waktu Membaca:
The 1975 disenarai hitam buat persembahan di Malaysia. (Gambar: The 1975/Facebook)
GEORGE TOWN: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhak membatalkan Festival Good Vibes 2023 berikutan aksi dan kenyataan biadap kumpulan dari Britain, “The 1975”, semasa membuat persembahan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang pada Jumaat lalu (21 Jul).
Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata tindakan KKD itu tidak boleh dipersalahkan kerana penganjur festival sudah membuat perjanjian akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap konsert tersebut.
"Terlebih dahulu ingin ditegaskan bahawa agama Islam tidak sama sekali menentang hiburan termasuk konsert muzik, drama, filem dan seumpamanya," kata Dr Wan Salim.
"Yang ditentang dan dilarang Islam adalah hiburan dan apa jua aktiviti seni yang boleh merosakkan fikiran serta kelakuan penonton atau peminat. Sejarah tamadun Islam tidak pernah menyaksikan sebarang konflik antara agama dan kemajuan termasuk dalam bidang kesenian serta hiburan," tambahnya.
Dr Wan Salim berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai persembahan “The 1975” di Festival Good Vibes 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.
Matty didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT.
Awal dari itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi laman Instagram rasminya menyifatkan tindakan Matty yang berkelakuan tidak sopan dan mempersenda undang-undang berkaitan LGBT di negara ini dalam konsert itu, sebagai perbuatan biadab.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata tidak wajar bagi sebuah negara yang ingin membangunkan generasi penerus yang dinamik dan progresif, membawa masuk budaya luar yang boleh merosakkan nilai-nilai moral.
Menurutnya lagi, dengan mempamerkan kelakuan tidak sopan dan kritikan terhadap undang-undang Malaysia pada konsert tersebut, jelas kumpulan “The 1975” itu berniat serong terhadap Malaysia dan rakyatnya yang masih mendokong serta menghormati nilai-nilai akhlak murni.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.