Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mufti Perlis saran solat Aidilfitri di rumah

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan umat Islam di negeri itu untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga masing-masing berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun.  

Anggaran Waktu Membaca:
Mufti Perlis saran solat Aidilfitri di rumah

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 May 2020 05:47PM Dikemas Kini : 12 May 2020 05:51PM

ARAU: Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan umat Islam di negeri itu untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga masing-masing berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun.  

Menurutnya, Jabatan Mufti Perlis akan menyediakan teks khutbah Aidilfitri yang mudah dan tidak membebankan agar ia mudah dibacakan oleh ketua keluarga.

“Tahun ini semua ketua keluarga akan menjadi imam kepada keluarga masing-masing dan ini menunjukkan bahawa Islam boleh dilaksana dalam semua keadaan,” katanya kepada pemberita sempena satu majlis ringkas di Galeri Istana Arau hari ini (12 Mei).

Pada majlis berkenaan, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), berkenan menyerahkan sumbangan alat pengimbas suhu kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan untuk kegunaan di 102 buah masjid di Perlis.

Encik Mohd Asri berkata, panduan solat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Aidilfitri akan disiapkan dalam masa terdekat bagi membantu orang ramai melakukan solat Aidilfitri di rumah.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu sebarang makluman terkini mengenai situasi semasa COVID-19 oleh pihak berkenaan.

"Jika pada minggu hadapan Kerajaan Persekutuan tetapkan ia boleh dilaksanakan di masjid, kita juga akan benarkan, tetapi setakat ini memang solat sunat Aidilfitri di Perlis dilaksanakan di rumah,” katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan