Mufti Kelantan prihatin buka puasa di tanah perkuburan langgar adab, akhlak
(Gambar: Sinar Harian)
KOTA BHARU: Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan perbuatan berbuka puasa di pekarangan tanah perkuburan kurang sesuai untuk dilakukan.
Beliau bimbang tindakan itu boleh menimbulkan pelanggaran adab-adab dan akhlak semasa berada di kawasan berkenaan, lapor Sinar Harian.
"Sebagai contoh masa ziarah kubur, kalau tidak pakai tudung (golongan wanita) perkara tersebut kurang elok atau semasa berbuka puasa bergaul dengan yang tidak sepatutnya...umpamanya.
"Itu akan jadi masalahnya. Jelaslah kalau begitu ia menjadi pelanggaran akhlak. Saya berpandangan eloklah cari tempat yang lebih sesuai, berbuka puasa di tempat lapang tiada salahnya sebagaimana yang dilakukan ketika ini seperti di atas padang," katanya selepas diminta mengulas mengenai perbuatan penduduk mengadakan aktiviti berbuka puasa di kawasan tanah perkuburan.
Mengulas mengenai tahlil di kawasan perkuburan, Encik Mohamad Shukri memberitahu, perkara tersebut tidak mendatangkan masalah.
Sinar Harian pada Ahad (16 Apr) melaporkan penduduk di Kampung Alor Hijau, Pasir Puteh mengambil pendekatan mengadakan majlis berbuka puasa di tanah perkuburan bagi mengeratkan silaturahim sanak saudara yang masih hidup.
Pengarah program, Tuan Wi Tuan Ya berkata, ia merupakan acara tahunan mereka bagi memperingati ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.