Skip to main content

Dunia

Mufti Besar Saudi Abdulaziz Al-Sheikh meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Mufti Besar Saudi Abdulaziz Al-Sheikh meninggal dunia

Mufti Besar Arab Saudi Abdulaziz Al-Sheikh. (Gambar: AP)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 23 Sep 2025 09:38PM
RIYADH: Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh yang menyandang jawatan itu sejak 1999 telah meninggal dunia, menurut Mahkamah Diraja dalam satu kenyataan pada Selasa (23 Sep), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Kerajaan Arab Saudi dan dunia Islam telah kehilangan seorang ulama terkemuka yang banyak menyumbang dalam perkhidmatan ilmu, Islam dan umat Islam," menurut kenyataan itu yang disiarkan oleh Agensi Berita Arab Saudi.

Solat jenazah akan diadakan di ibu negara Riyadh dan di masjid-masjid lain di seluruh negara pada Selasa, tambah kenyataan berkenaan.
Sumber : Bernama/AW/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita