Skip to main content

Dunia

MUDA setuju sertai Pakatan Harapan, kata Syed Saddiq

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebulat suara bersetuju untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu parti komponen dalam gabungan itu.

Menurut Sinar Harian, perkara itu diputuskan melalui Persidangan Pilihan Raya MUDA yang berlangsung pada Isnin (5 Sep) dan Selasa (6 Sep).

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH berhubung perkara itu.

Menurutnya, perbincangan secara tidak rasmi bagi penyertaan MUDA dalam PH berlaku sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

"MUDA terbuka membincangkan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH tentang hala tuju negara untuk memastikan suara rakyat didengari dan membina Malaysia yang maju dan bermaruah serta meraikan kepelbagaian agama dan kaum.

"Bukan sekadar kolaborasi dengan PH (untuk Pilihan Raya Umum ke-15) tapi memulakan perbincangan awal untuk penyertaan blok stabil dengan prinsip perjuangan yang sama.

"Saya tidak boleh ulas lanjut sehingga adanya rundingan rasmi," katanya pada sidang media selepas persidangan itu pada Selasa, seperti dinukil Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita