Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

MUDA sambut baik jemputan PM M'sia sertai jawatankuasa Sekretariat Kerajaan Perpaduan

Anggaran Waktu Membaca:
MUDA sambut baik jemputan PM M'sia sertai jawatankuasa Sekretariat Kerajaan Perpaduan

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 15 Feb 2023 07:24AM Dikemas Kini : 15 Feb 2023 07:25AM
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyambut baik jemputan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim kepada parti itu untuk menyertai jawatankuasa yang ditubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata bagaimanapun setakat ini, belum ada sebarang perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut.

"Saya ambil jawapan Anwar secara positif, akan ada perbincangan dan kita cuba selesaikan dan uruskan (perkara ini) sebaik mungkin khususnya bagi memastikan rakyat diberikan keutamaan," katanya kepada para wartawan di Lobi Parlimen pada Selasa (14 Feb).

Encik Anwar sebelum ini berkata MUDA dan parti lain yang menyokong Kerajaan Perpaduan akan dijemput menyertai jawatankuasa yang ditubuhkan dalam mesyuarat pertama sekretariat itu pada 7 Februari lalu.

Dilaporkan MUDA menyuarakan rasa terkilan kerana tidak diundang menghadiri mesyuarat itu.

Setiausaha Agung MUDA Amir Abd Hadi berkata parti itu tidak menerima sebarang jemputan termasuk melalui surat, mesej atau e-mel.

Pada mesyuarat yang diadakan di Menara Dato' Onn itu, Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Pilihan Raya bagi merangka strategi menghadapi Plilhan Raya Negeri.

Dua lagi ialah Jawatankuasa Strategi serta Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan