MUDA, PSM bertanding bersama dalam PRN
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Syed Saddiq Syed Abdul Rahman)
KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan MUDA mengumumkan mereka akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Dalam sidang media bersama pada Sabtu (15 Jul), Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar berkata kedua-dua parti sudah setuju untuk tidak bertembung dalam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi, lapor Malaysiakini.
"Kita tak akan bertindih dalam kerusi (yang ditandingi). Di kerusi yang ditandingi PSM, MUDA tak akan bertanding dan sebaliknya.
"Ini hanya langkah pertama dan kami berharap dapat bekerjasama untuk membawa politik baharu yang lebih bersih untuk negara," katanya.
Encik Michael menegaskan kedua-dua parti ingin membawa perspektif baharu dalam PRN, dengan tidak menggunakan taktik menakut-nakutkan dan menggunakan isu kaum demi laba politik.
Pada Sabtu, PSM dan MUDA juga menandatangani surat persetujuan kerjasama mereka.
Dalam pada itu, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kedua-dua parti akan memberi tumpuan kepada lima prinsip utama dalam PRN kali ini.
Katanya, Muda dan PSM memiliki visi bersama, iaitu melawan politik perkauman secara giat dan membangkitkan cabaran alam sekitar, serta mengangkat hak masyarakat terpinggir.
Selain itu, katanya, mereka juga akan memperjuangkan pembangunan negara yang seimbang dan terangkum serta menyokong demokrasi yang tulen, menurut Malaysiakini.
"Menang atau kalah, saya harap kita boleh terus bekerjasama selepas PRN.
"Mungkin ada blok yang lebih besar yang akan anggap kami sebagai kumpulan kecil, tetapi idealisme kami besar dan semangat kami untuk mereformasikan Malaysia sangat tinggi," katanya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.