Skip to main content

Dunia

Muat turun aplikasi Nusuk capai 30 juta, naik 150% berbanding 2024

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa platform digitalnya, aplikasi Nusuk melepasi 30 juta muat turun, menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 150 peratus berbanding 12 juta pada 2024.

Anggaran Waktu Membaca:
Muat turun aplikasi Nusuk capai 30 juta, naik 150% berbanding 2024

Arab Saudi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai model global dalam pengurusan jemaah secara maju dengan memanfaatkan teknologi canggih. (Gambar: SPA)

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa platform digitalnya, aplikasi Nusuk melepasi 30 juta muat turun, menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 150 peratus berbanding 12 juta pada 2024.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), lebih 90 peratus pengguna aplikasi berasal dari lebih 190 negara, sekali gus menunjukkan capaian globalnya dan peranan penting dilaksanakan dalam memudahkan perjalanan Haji, Umrah dan ziarah bagi jemaah.

Aplikasi Nusuk menawarkan lebih 100 perkhidmatan digital melalui integrasi dengan pelbagai entiti berkaitan Haji dan Umrah, merangkumi setiap peringkat perjalanan jemaah dari perancangan sehinggalah kepulangan.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk tempahan Umrah, lawatan ke Al-Raudah Al-Sharifah, tempahan Perkhidmatan Kereta Api Laju Haramain, penerbangan, hotel, serta lawatan pengayaan.

Aplikasi ini turut memperluas ciri-cirinya baru-baru ini dengan menambah kemudahan harian seperti akses kepada al-Quran digital, waktu solat dan arah kiblat.

Kementerian itu turut mengesahkan yang satu kemas kini utama akan dilancarkan tidak lama lagi bagi menyediakan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan mesra pengguna, selaras dengan matlamat berterusan aplikasi itu untuk menjadi platform digital Islamik terkemuka di dunia.
Sumber : Bernama/NK/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita