Muar, Segamat antara 12 Parlimen 'kawasan panas' di Johor
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
JOHOR BAHRU: Dua belas (12) daripada 26 kerusi Parlimen di Johor dikenal pasti sebagai ‘kawasan panas’ Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk Muar dan Segamat, kata Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat.
“Penguatkuasaan dan pemantauan akan digandakan di lokasi yang dikenal pasti,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim hari ini (5 Nov).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon bagi PRU15, pengundian awal pada 15 Nov dan 19 Nov sebagai hari mengundi.
Encik Kamarul Zaman berkata seramai 3,800 pegawai dan anggota polis ditugaskan di kesemua 26 kawasan Parlimen di Johor untuk menjaga keamanan sepanjang PRU15.
Beliau berkata permit untuk mengadakan ceramah boleh dimohon bermula hari ini (5 Nov).

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.