Skip to main content

Dunia

MTR Hong Kong tergendala 6 jam

Pengendali kereta api Hong Kong menjalankan siasatan bagi memeriksa punca khidmat pengangkutan tergendala di empat laluan hari ini (16 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
MTR Hong Kong tergendala 6 jam

MTR tergendala selama enam jam, menjejas berjuta-juta penumpang pada waktu sibuk. (Gambar: China Daily Hong Kong/Facebook)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 06:23PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 06:27PM

HONG KONG: Pengendali kereta api Hong Kong menjalankan siasatan bagi memeriksa punca khidmat pengangkutan tergendala di empat laluan hari ini (16 Okt), lapor South China Morning Post (SCMP). Masalah bekalan elektrik dipercayai antara punca kerosakan kereta api.

Insiden berlaku pada jam 6.00 pagi tadi. Khidmat pada mulanya tertangguh di Laluan Island, Kwun Tong dan Tsuen Wan sebelum akhirnya turut menjejas Laluan Tseung Kwan O. Kereta api kembali beroperasi pada jam 11.45 pagi.

Pengangkutan itu tergendala selama enam jam, menjejas berjuta-juta penumpang pada waktu sibuk pagi tadi, disebabkan masalah isyarat pada laluan. Menurut sumber, kesemua kereta api dipandu secara manual selepas berlaku kerosakan pada sistem.

"Para kakitangan sedang memeriksa sekiranya ada masalah bekalan elektrik di Tsing Yi, sehingga menyebabkan sistem komputer yang mengurus jadual kereta api menjadi gagal," menurut sumber. "Kami menerima arahan selepas jam 6.00 pagi bahawa kereta api di tiga laluan akan terus beroperasi secara manual sehingga ada pengumuman lanjut."

Pusat Kawalan Tsing Yi merupakan pusat operasi bagi semua kereta api MTR.

Arahan bagi operasi manual dilaksanakan sehingga waktu tengah hari. SCMP melaporkan bahawa kereta api dipandu pada kelajuan 23km/h berbanding kelajuan yang biasanya 60km/h.

Menyifatkan insiden itu sebagai "serius", sumber memberi amaran bahawa memandu kereta api secara manual juga berisiko kerana para pemandu mungkin akan kelelahan. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita