Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia terus utamakan bekalan ayam untuk pengguna domestik mencukupi

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia terus utamakan bekalan ayam untuk pengguna domestik mencukupi

(Gambar: Vincent Thian/AP)

Diterbitkan : 26 Aug 2022 09:03AM Dikemas Kini : 26 Aug 2022 09:04AM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan terus memberi keutamaan dalam memastikan bekalan ayam bagi pengguna domestik adalah mencukupi, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa.

Encik Annuar berkata beliau akan membuat suatu pemakluman berhubung langkah seterusnya, setelah Kabinet memutuskan dasar dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan pada Jumaat (26 Ogos). 

“Cuma yang perlu saya sampaikan kepada masyarakat, kita mengekalkan dasar di mana harga ayam perlu terus dikawal dan juga keutamaan ke tahap kecukupan bekalan domestik kekal menjadi satu keutamaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Kuala Lumpur pada Khamis (25 Ogos). 

Menurut Encik Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, setakat ini kerajaan menetapkan dasar, harga ayam dalam negara ditetapkan pada harga siling RM9.40 (S$2.92) sekilogram sehingga 31 Ogos dan mengadakan kaedah memberi subsidi kepada penternak pada kadar RM1.20 (S$0.37) bagi setiap sekilogram ayam dikeluarkan.

Katanya, sehingga kini, RM888 juta (S$276 juta) bayaran dibuat kepada pengusaha dan mengambil kira semua perkara tersebut, pasukan khas itu akan membuat perakuan kepada mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (26 Ogos) berhubung dasar seterusnya, iaitu berkaitan harga maksimum ayam dan dasar melibatkan subsidi selepas 31 Ogos.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan