Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia tahan kapal China dikaitkan dengan operasi haram ambil bangkai kapal Perang Dunia II milik British

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia tahan kapal China dikaitkan dengan operasi haram ambil bangkai kapal Perang Dunia II milik British

Gambar fail: AFP/Mohd Rasfan

Diterbitkan : 29 May 2023 05:12PM Dikemas Kini : 29 May 2023 05:13PM
KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili sebuah kapal pengangkut yang bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 20.1 batu nautika timur, Tanjung Siang, pada Ahad (28 Mei) dan mendapati ia membawa beberapa besi buruk dan juga peluru meriam lama.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kapal yang berdaftar dari Fuzhou, China itu ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia ketika diperiksa dalam operasi rutin APMM, pada pukul 12.45 tengah hari.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kapal itu dikendalikan 32 anak kapal lelaki termasuk nakhoda yang terdiri daripada 21 warga China, 10 warga Bangladesh dan seorang warga Malaysia, berusia dalam lingkungan 23 hingga 57 tahun.

"Pemeriksaan lanjut ke atas kapal itu membawa kepada penemuan besi buruk dan peluru meriam yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes penemuan 'Unexploded Ordnance' (UXO) di Tanjung Belungkor di sini pada 19 Mei lepas," katanya dalam kenyataan pada Isnin (29 Mei).

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat sebuah kapal korek asing dikesan menjalankan operasi haram mengambil besi buruk daripada bangkai kapal perang dunia kedua milik British yang karam di kawasan perairan Kuantan.

Encik Nurul Hizam berkata pihak APMM akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Warisan Negara bagi mengenal pasti peluru yang dijumpai di atas kapal berkenaan, disyaki berasal daripada peluru zaman Perang Dunia II.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan