Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia, SG bincang hubungan dan kerjasama dua hala di Hainan, dedah PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hainan, China pada Khamis (30 Mac).

Perkara tersebeut dimaklumkan Encik Anwar menerusi catatan di Facebook, hari ini.

“Semoga hubungan akrab kedua-dua negara kian utuh dan subur. Insya-Allah,” katanya.

Pertemuan empat mata bersama Encik Lee diadakan sebelum Encik Anwar menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) di Hainan, China hari ini.

Ia merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri Malaysia itu ke China.

Pada Rabu (29 Mac), pesawat khas yang membawa Encik Anwar mendarat di Lapangan Terbang antarabangsa Boao pada pukul 5.29 petang (waktu tempatan).

Perdana Menteri Malaysia itu diiringi oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam lawatan berkenaan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan