M'sia, SG bakal meterai rangka kerjasama dalam ekonomi digital, hijau, menurut Tengku Zafrul
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz. (Gambar: Bernama)
DAVOS: Malaysia dan Singapura bakal memeterai Memorandum Kerjasama (MOC) dalam bidang ekonomi digital dan hijau. Ia merupakan perjanjian yang pertama seumpamanya bagi Putrajaya, di tengah-tengah potensi pertumbuhan dalam kedua-dua sektor tersebut.
Demikian menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Beliau sedia maklum bahawa perdagangan digital adalah antara perdagangan yang paling pesat berkembang dan akan mengatasi perdagangan secara tradisional menjelang 2025.
"Malah, kami berharap dapat memuktamadkan MOC pertama dalam ekonomi digital dan hijau dengan negara jiran Singapura, yang mana perdana menteri dari kedua-dua negara akan menjadi saksi (bagi pemeteraian tersebut)," kata beliau kepada agensi berita Bernama di akhir Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2023.
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dijadual melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura pada hujung Januari ini.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengundang PM Malaysia itu untuk melawat Singapura selepas Encik Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Tengku Zafrul berkata rundingan dengan Singapura mengenai MOC dalam perdagangan digital dan ekonomi hijau bermula tahun lalu dan dibentangkan kepada Kabinet. Ia sudahpun diluluskan untuk dimuktamadkan tidak lama lagi.
"Pendek kata, ini adalah satu permulaan sedang kami juga berunding dengan negara-negara lain," ujar beliau.
Menurut artikel WEF, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital antara Chile, New Zealand dan Singapura adalah satu-satunya perjanjian perdagangan digital yang dibuka kepada semua anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dan yang pertama dimeterai secara elektronik pada Jun 2020.
Encik Tengku Zafrul berkata perbincangan antara Singapura dengan Malaysia berhubung kerjasama tersebut dimulakan pada tahun lalu, dan sudahpun diluluskan oleh Kabinet Malaysia untuk dimeterai tidak lama lagi.
Perjanjian ekonomi digital terkini ialah Perjanjian Ekonomi Digital United Kingdom-Singapura, yang mula berkuat kuasa pada Jun 2022 selepas mengadakan rundingan hanya selama enam bulan.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata beliau akan menyertai delegasi Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke Singapura lewat bulan ini.
Beliau berkata, Singapura dan Malaysia adalah penting bagi satu sama lain, dan adalah baik bagi kedua-dua negara untuk meneruskan tahap kerjasama yang sudah lama terjalin.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.