Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia sediakan 970,000 buku pasport baru jelang pembukaan semula sempadan

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia sudah pun menyediakan sebanyak 970,000 buku pasport bagi tujuan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa sempena pembukaan sempadan negara tersebut pada 1 April ini.

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata jumlah tersebut dijangka mencukupi sehingga Julai tahun ini bagi kegunaan rakyat negara itu yang ingin memperbaharui pasport mereka untuk keluar negara.

“Di dalam stok imigresen sekarang ini, kami mempunyai sebanyak 970,000 bilangan buku pasport yang mana jumlah ini dijangka mencukupi sehingga Julai tahun ini dan selepas itu barulah pihak kami akan menambah semula stok buku pasport.

"Bilangan unjuran ini dibuat berdasarkan kepada jumlah statistik pembaharuan pasport dalam negara kita sebelum berlakunya pandemik COVID-19, dan pada ketika itu, jumlah rakyat kita yang memohon dan memperbaharui pasport mereka setiap tahun adalah antara 2.3 hingga 2.5 juta setahun,” katanya dalam program Bicara Naratif pada Isnin malam (21 Mac). 

Menurutnya, Malaysia akan membenarkan rakyat dan pelancong asing memasuki negara ini bermula 1 April selepas pintu masuk sempadan negara ditutup sejak Mac 2020 bagi menangani pandemik COVID-19.

Sementara itu, bagi mengatasi masalah kesesakan di pintu keluar-masuk antarabangsa sempena bulan Ramadan dan musim mengerjakan ibadah umrah bermula April ini, Encik Khairul Dzaimee berkata pihaknya akan menggalakkan para jemaah menggunakan sistem laluan automatik daripada kaunter manual.

“Ia bagi membolehkan urusan keluar masuk negara berjalan dengan lancar. Selain itu, strategi lain yang akan digunakan ialah kami akan membuka kaunter khas bagi jemaah yang tidak berupaya menggunakan ‘autogate’,” katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan