Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia sedia runding dengan China berkaitan isu Laut China Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Malaysia sedia berunding dengan China mengenai isu pertikaian di Laut China Selatan, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.

Encik Anwar berkata ketika mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden China Xi Jinping sempena lawatan rasminya ke China, isu Laut China Selatan dibangkitkan kerana syarikat minyak dan gas Malaysia, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), mempunyai pelantar terbesar bagi projek cari gali yang beroperasi di kawasan berkenaan.

"Di kawasan itu ada tuntutan yang sama dari China. Saya beritahu bahawa sebagai negara kecil yang memerlukan sumber minyak dan gas, kita terpaksa teruskan tetapi kalau syaratnya harus ada rundingan, maka kita sedia berunding,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada Isnin (3 April).

Encik Anwar berkata ketika lawatannya ke China itu, beliau turut menyentuh isu Myanmar dan pelarian Rohingya biarpun mengetahui China mengamalkan dasar tidak campur tangan.

“China rapat dengan Myanmar tetapi dasar mereka tidak campur tangan, saya katakan kita pun tidak bermaksud campur tangan."

“Tetapi ada hampir 200,000 pelarian Rohingya di sini (Malaysia). Jadi sama ada kita suka atau tidak, apa yang berlaku di Myanmar, yang menafikan hak penduduk Myanmar sendiri termasuk Rohingya, itu beri kesan kepada kita,” katanya yang turut memaklumkan bahawa Myanmar juga tidak mahu menerima hampir 200,000 pelarian terbabit.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan