Skip to main content

Dunia

M'sia sedia beri ruang calon PRN Johor guna saluran RTM perkenal diri

Kerajaan Malaysia bersedia memberi ruang kepada calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk pembangkang, menggunakan saluran yang disediakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai wadah untuk memperkenalkan diri.

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Kerajaan Malaysia bersedia memberi ruang kepada calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk pembangkang, menggunakan saluran yang disediakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai wadah untuk memperkenalkan diri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata inisiatif itu adalah atas usaha untuk melengkapkan proses demokrasi matang.

"Sebenarnya boleh, termasuk juga pembangkang, selagi mana ia tidak disalahgunakan, atas usaha melengkapkan proses demokrasi dan menjadikan kita demokrasi matang.

“Semua calon itu adalah sama, macam di PRN Melaka, semua calon termasuk Bebas bukan sahaja pembangkang turut diberi ruang untuk mereka memperkenalkan diri, dan rakyat berhak untuk mengenali dan membuat pilihan sendiri, jadi tidak timbul masalah dari segi itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program temu bual Johor FM di RTM Johor hari ini (29 Jan).

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mokhtar Hussain dan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Che Roslan Che Daud.

Encik Annuar berkata RTM khususnya saluran televisyen, dan radio seperti Johor FM, diberi ruang untuk merangka program yang bersesuaian sepanjang tempoh PRN terutama selepas proses penamaan calon.

"Ia bertujuan memaparkan maklumat calon supaya lebih mudah dikenali, kita juga faham prosedur operasi standard (SOP) baru akan ada had pergerakan calon secara individu. Maka di situ RTM boleh main peranan, memberi ruangan sesuai untuk mereka (calon) secara adil dan saksama," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh PRN Johor selepas mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita