Skip to main content

Dunia

M'sia sahkan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo diberkas

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan telah ditahan polis pada Jumaat lalu (7 Jul).

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail semasa sidang media pada Rabu (12 Jul).

Encik Saifuddin berkata, wanita itu telah direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Sabtu lalu dan disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

“Peguam suspek memaklumkan, anak guamnya sedia memberi kerjasama kepada polis dan Kerajaan Malaysia berhubung kes itu,” katanya, seperti dipetik agensi berita Kosmo Online.

Encik Saifuddin berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut perkembangan kes dan menyerahkan dahulu kepada polis bagi siasatan lanjut

“Biar polis jalankan tugas dahulu, saya tidak mahu komen. Kes ini (1MDB) memang belum selesai, apa pun tindakan lanjut biar ikut lunas undang-undang,” katanya, lapor Kosmo Online.

Cik Jasmine Loo dikatakan salah seorang sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita