Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia runding dengan Nepal lanjutkan tempoh pencarian pendaki Everest yang hilang

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia runding dengan Nepal lanjutkan tempoh pencarian pendaki Everest yang hilang

Pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33 tahun. (Gambar: Astro AWANI)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sedang mengadakan rundingan dengan Nepal dan pengendali pendakian Everest bagi membolehkan tempoh pencarian pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim dilanjutkan.

Timbalan Presiden Kelab Eksplorasi Altitud, Murshid Maktab berkata, beberapa peralatan teknologi dibawa dari Malaysia termasuk dron yang berupaya mengesan haba dijangka tiba di Nepal pada Isnin bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu.
 
Menurutnya, aktiviti pendakian ke kemuncak tertinggi dunia itu akan ditutup secara rasmi pada Isnin (29 Mei) dan hanya akan dibuka semula pada tahun depan.

"Buat masa ini rundingan melibatkan Kedutaan Malaysia di Nepal masih lagi berjalan (dengan kerajaan Nepal dan operator Everest).

"Kalau rundingan itu berjaya, pencarian mungkin akan ditambah 10 hari lagi," katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Ahad (28 Mei).

Encik Murshid berkata, kali ini, keseluruhan tenaga operasi percarian akan bertumpu di satu-satu kawasan misalnya ke kem empat, kemudian ke kem tiga, kem dua dan satu.

"Kalau sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat berpecah kepada beberapa kumpulan dan bergerak secara berasingan," ujarnya, lapor Astro Awani.

Menurut beliau, setakat ini, operasi pencarian di sepanjang laluan ke kemuncak itu sudah digiatkan namun masih lagi gagal.

"Sekarang kita luaskan (operasi) kepada jurang-jurang termasuk celahan bongkah dan sebagainya," katanya, dipetik daripada Astro Awani.

Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari kelapan selepas beliau dilaporkan hilang pada 19 Mei lalu.

Beliau berjaya menawan puncak Everest pada 18 Mei lalu.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan