M'sia pertingkat usaha jadi kuasa utama AI di serantau
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang meningkatkan usaha untuk menjadi kuasa utama serantau dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Ini diharap tercapai dengan pelancaran satu peta hala tuju bakat AI nasional yang dilancarkan pada Jumaat (10 Mei).
Pelan enam tahun itu bertujuan memupuk tenaga kerja berkemahiran agar dapat memanfaatkan potensi AI dalam pelbagai industri.
PM Anwar juga membuka fakulti AI pertama Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia.
Beliau berkata negara itu perlu merapakan jurang kemajuan global dan bertindak lebih pantas dalam membina ekosistem yang teguh untuk melakar pembangunan serta pelaksanaan AI.
"Rentak perubahan dan pembangunan tidak menentu dalam pasca pemodenan dan dasar atau program pasca perindustrian.
"Di bawah situasi tersebut, kita tidak boleh merubah atau menjejas perubahan rangka kerja lama tidak kira kepimpinan politik, perkhidmatan awam atau universiti," tambah beliau dalam ucapannya.
Dalam pada itu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga merancang untuk bekerjasama dengan firma teknologi global, NVIDIA.
Kerjasama itu tertumpu terhadap pembangunan kurikulum, latihan kemahiran serta penyelidikan dan pembangunan bersama.
Ini sejurus pengumuman Microsoft awal bulan ini untuk melabur AS$2.2 bilion (S$2.98 bilion) yang juga akan menyaksikan sekitar 200,000 orang dalam AI.
Pelaksanaan AI di Asia tenggara masih kelihatan baharu tetapi para pengamat berkata ia berpotensi menambahkan lagi kira-kira AS$1 trilion (S$1.35 trilion) kepada ekonomi serantau menjelang 2030.
Malaysia dijangka meraih sekitar AS$115 bilion (S$156 bilion) daripada perangkaan tersebut.

Sumber : CNA/RU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.