Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia pertingkat keupayaan pertahanannya di tengah ketegangan geopolitik serantau

Anggaran Waktu Membaca:
LANGKAWI: Malaysia meningkatkan keupayaan pertahanan negara itu dengan memperolehi 18 jet pejuang FA50 dari Korea Selatan.

Pemerolehan itu adalah sebahagian daripada tambahan 10 peratus peruntukan dalam belanjawan ketenteraan Malaysia.

Ini diumumkan sedang pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) ke-16 diadakan di negara itu.

Mengikut tradisi, Malaysia lazimnya tidak membelanjakan lebih 1 peratus daripada GDP negara bagi pertahanan.

M'SIA MAHU JADI HAB SERANTAU: PM ANWAR

LIMA merupakan pameran diplomasi ketenteraan terbesar Malaysia dan kembali diadakan selepas ditiadakan selama empat tahun.

Pameran itu adalah yang terbesar di Malaysia dengan lebih 500 syarikat dari sekitar 30 negara mempamerkan teknologi terkini masing-masing.

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata LIMA menjadi bukti bahawa Malaysia mampu menjadi hab maritim dan aeroangkasa serantau.

"Kejayaan LIMA 2023 akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim," ujar beliau.

Penambahan peruntukan belanjawan ketenteraan Malaysia diperlukan memandangkan pertahanan tentera dan awam negara tersebut amat memerlukan peningkatan sistem kerana aset sedia ada didakwa sudah lapuk.
Pemerolehan 18 jet pejuang FA50 dari Korea Selatan sebenarnya adalah langkah yang sama diambil Indonesia, Filipina dan Thailand.

Ini sedang perbelanjaan pertahanan meningkat di merata dunia, di tengah-tengah ketegangan geopolitik sejagat yang kian meruncing.

CABARAN PERTAHANAN M'SIA

Malaysia juga ada tuntutan bertindih dengan Brunei, Indonesia, Vietnam dan Filipina berhubung Laut China Selatan.

Ia kini juga menjadi tumpuan ketegangan antara Beijing dengan Washington.

Kawasan yang dipertikaikan itu adalah di mana lebih 25 peratus perdagangan dunia merentasinya.

Meskipun ASEAN sudah memulakan semula rundingan dengan China berhubung kod tatalaku di Laut China Selatan, risiko pertikaian serantau menjadi semakin sulit dengan persaingan antara Amerika-China.

Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Hasan berkata: "Isu kod tatalaku ada sesuatu yang sekian lama ada dan bagus untuk adanya tetapi kami perlu memikirkannya secara bersama.

"Kami tidak boleh berunding dengan sesuatu negara secara individu kerana terutama sekali di ASEAN, ia perlu satu suara dan kepentingan yang bersama dan kepentingan kita adalah memastikan rantau ini satu rantau yang aman dan tidak berpihak."

Malaysia juga menghadapi cabaran untuk memastikan sempadannya selamat walaupun kali terakhir satu insiden ketenteraan berlaku di sempadannya adalah sedekad lalu.

Ketika itu, Malaysia berdepan dengan pencerobohan di Sulu, Sabah.

"Sudah pasti, kami akan melawan mereka. Mereka adalah penceroboh. Mereka menceroboh Lahad Datu. Anggota pasukan keselamatan kami meninggal dunia.

"Salah seorang daripada mereka sudah saya mengisytiharkan sebagai pengganas," tegas Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Malaysia Azalina Othman Said.
Sumber : BERITA Mediacorp/CNA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan